Monday 23 October 2017

APA ITU AURA, RADIASI DAN KEBOCORAN AURA?

APA ITU AURA, RADIASI DAN KEBOCORAN AURA??

Aura merupakan potensi diri yang dimiliki setiap manusia, aura merupakan cahaya energi tubuh yang terpancar dari jiwa dan raga manusia. Pada dasarnya setiap anak manusia yang dilahirkan memiliki kadar aura yang sama, akan tetapi pada saat proses manusia menjalani kehidupan dan bertambahnya usia manusia setiap manusia jadi memiliki kadar aura yang berlainan.l

Semua itu dipengaruhi oleh banyak faktor diantaranya faktor lingkungan, keluarga, masyarakat, tingkat keimanan seseorang kepada agamanya masing-masing,dll.

Keletihan, kekurangan tenaga, kemurungan, berfikiran negatif serta kelemahan sistem tenaga yang membawa kepada pelbagai masalah kesihatan biasanya dikaitkan dengan pemakanan seperti pengambilan makanan segera atau diproses serta gaya hidup yang tidak sihat.

Selain itu, tuntutan kerja, masalah rumah tangga dan peribadi akan menyebabkan sesetengah individu menjadikan rokok, arak dan dadah sebagai penenang jiwa bagi mengurangkan tekanan.

Namun ramai tidak tahu penggunaan alat elektronik yang kerap seperti telefon bimbit, radio, dan komputer menjadi punca kepada pendedahan radiasi yang tinggi sekali gus tanpa sedar boleh merosakkan aura seseorang.Walaupun lapisan aura tidak kelihatan pada pandangan mata kasar, kemajuan teknologi membolehkan lapisan ini dirakamkan dan diterjemahkan kesannya kepada diri seseorang sama ada mengalami kebocoran atau sebaliknya.

Arus pemodenan dengan penghasilan alat elektronik yang menghasilkan gelombang EMF atau elektromagnetik menjadi penyumbang utama kepada masalah kesihatan.

Di dalam tubuh manusia terdapat jutaan sel yang terdiri daripada juzuk tenaga dan kelihatan dalam bentuk cahaya. Apabila manusia berinteraksi dengan peralatan elektronik ini, ia akan menghasilkan ketidakseimbangan tenaga yang menyebabkan aura negatif dan positif tidak seimbang. Kesannya individu menjadi tertekan, kurang daya ketahanan badan, mengantuk dan sentiasa berfikiran negatif.

Tahukah Anda??

Antara punca kerosakan lapisan Aura diri manusia berpunca dari energi negative sekeliling dan kesan radiasi??

Perasan atau tidak??

Nabi SAW sendiri menyarankan agar kita mandi apabila balik dari tempat2 berikut??

Tempat yg paling banyak energi Negative adalah:

☆Hospital/Klinik
☆Tanah Kubur
☆Tempat Kematian
☆Kawasan Kilang/Perindustrian
☆ Pejabat2 Hal Ehwal Cerai
☆ Kerja Pencegah Maksiat
☆ Rawatan2 kebatinan/rawatan islam
☆ Rumah urut/tukang urut
☆ Bekam/tukang bekam

Kesan Radiasi:

☆Pejabat2
☆Kerja menggunakan komputer
☆Kerja Repair hp
☆Penggunaan microwave yg kerap.

Anda disarankan agar sering memperkasakan kekuatan aura anda supaya tidak mudah terkena penyakit.

Perasan atau tidak??

Orang yg sihat tp kerja ulang2 alik hospital atau menguruskan org sakit..lama2 akn jatuh sakit.

Begitu juga perawat rawatam Islam termasuk tukang bekam , jk dia tidak buat teknik anti-sedut penyakit klien sepertu teknik teknik "grounding"atau pernafasan 769 selepas merawat kebanyakannya akn mngalami penyakit2 misteri..

So, pentingnya jaga kesihatan aura...

Bole2 Semua?!

Teknik Penjagaan Aura Diri

Minda Dan Hati:

1. Jangan Marah

2. Maafkan setiap insan yang pernah menyakiti hati anda dalam apa jua perkara.

3. Redha atas segala ketentuan yang Allah aturkan kepada anda..

4. Bersyukur atas segala nikmat yang diberikan.

5. Jujur atas apa jua kerjaya yang dilakukan.

6. Berazam dalam hati untuk  meningkatkan 'Value Added' manusia lain

FIZIKAL:

1. Buat Teknik Grounding Penyakit
2. Buat Teknik Pernafasan 769
3. Istiqamah Pakai Baju Aura Diri

4. Hidroterapi (Mengamalkan Mandian  Air Terjun/Air Hujan/Mandian Garam Aura)

5. Mandi Garam Aura + Mandi Ais Setiap Pagi
6. Mandi Malam Purnama (Aura Jodoh)

7.Pakai pakaian warna Aura

9. Elakkan tidur selepas asar-maghrib

✔Menggunakan Sticker Scalar Energy Di HP
✔Memasang Lampu Garam Didalam Bilik dan Ruang Tamu Rumah
✔Pernafasan Tenaga 769
 Dalam/Prana/Chi
✔Jauhkan Gadget (HP/Laptop/Ipad) Ketika Tidur

" Be positive, be nature , moving success"

Cara Yang Paling Mudah, Senang, Cepat Dan Pantas Dizaman Ini Untuk Pulihkan Aura Diri Adalah Dengan Mengamalkan Mandian Garam Aura Setiap Pagi. Tak Kesahlah Apa Jua Produk Sekalipun. Yang Penting Kita Semua Amalkannya!

Pm Admin Grup Anda Untuk Detail Mandian Aura769..

Bole2?

#aura769
#xifuihsan
#xenrichacademy

APA RAHSIA DISEBALIK RESPONS Ii ?

APA RAHSIA DISEBALIK RESPONS "II'

Kenapa Kami Apabila Nak Mulakan Sesuatu Nak Anda Respon Jawapan: Ii?!

📌Sebab Pertama: Tanda Respon

Sebab Ia Adalah Tanda Respons Anda Untuk Belajar

Jika Tiada Respon Daripada Anda, So Kami Tak Perlu La Bazirkan Masa Dan Tenaga Kami Untuk Mengajar Mereka Yang Tak Sudi Belajar..

Tapi Jika Anda Respon Bagus, Bertambahlah Semangat Kami Untuk Mengajar..

Bole2??
Nampak?

📌Sebab Kedua: Bahasa Diri

"Ii" Ialah Mewakilik Diri "I" @ Saya @ Mewakili Diri Saya.

Jadi, Apabila Anda Jawab I, Sama Maksud Anda Jawab Saya

📌Sebab Ketiga: I Angka Ke-9

Huruf " I" Adalah Huruf Ke-9 Dalam Susunan Roman, So 9 Adalah Lambang Peluang Kejayaan

Once Anda Respons Ii.. Anda Sedang Menjawab 99.. Mewakili Asmaaul Husna Dan Angka Ganjil Yang Paling Awesome!

99: Mewakili Peluamg Kejayaan Berganda.

Anda Bole2 Faham Apa Falsafah Ii?!

So Sape Nak Sambung Belajar Say Ii

Apa Itu Salam Aura 769?

Salam Aura 769 Untuk Anda Semua.

Semoga Anda Dilimpahi Nikmat Kesihatan, Kasih Sayang, Cinta, Mahabbah Warahmah, Kebahagiaan Kekayaan Dan Kejayaan Untuk Anda Semua.

Apa Itu Salam Aura 769 ?

7 Orang
6 Kaya
9 Berjaya

Thats Means Kita Sedang Doakan Orang Lain Dengan Perkataan:
"Anda Kaya Berjaya!"

Seperti Yang D. Azizan Osman Ajar Kita Dalam Program Beliau.

Sebenarnya Ia Sama Dengan Salam 769..

769 Ia Juga Adalah Kod Bagi Mewakili

7 Cinta
6 Kasih Sayang
9 Kebahagiaan

Kenapa Xifu Dan Coach Pagi2 Selalu Bagi Doa Kepada Semua?!

Sebab Kami Yakin Dengan Janji Alllah, Apabila 1 Kali Kami Bagi Doa Kepada Anda, Allah Dan MalaikatNya Akan Tetap Doakan Kami Minimum 10 Kali Ganda.. Walaupun Anda Tidak Membacany Atau Membalaspun Salam Dan Doa Kami.

Sebab Nabi Pernah Bagitaw: Doa Yang Paling Mustajab Adalah Dimana Seorang Muslim Memdoakan Seorang Muslim yang Lain Tanpa Pengetahuannya!

Itulah Sedikit Rahsia Dalam Doa!

So, Mari Kita Ubah Hidup Kita Dengan Mulakan Hari Dengan Doa Yang Baik Kepada Muslimin Dan Muslimaat Dan Seluruh Warga Group Ini!

Amin..

Nak Ubah Hidup Jadi Bahagia, Kaya Atau Berjaya?!

Mentality, Hati, Amalan, Attitude Kita Mesti Jadi Yang Berbeza Dari Orang Kebiasaaan!

Bole2??

#XifuIhsan
#XenrichAcademy

Orang Yang Berjaya Selalu Mencari Jalan Bukan Mencari Alasan

Orang Yang Berjaya Selalu Mencari Jalan Bukan Mencari Alasan!

Sebagai Contoh: Left Group Ilmu Kerana HP Heng..

"..Byk group hang pulak hp. Kena keluar la. Sori..."

Ini Tindakan Yang Kurang Bijak!

*Kerana Banyak Cara Untuk Elakkan HP Heng!$

Salah Satunya:

1. Pergi Setting Wassap
2. Tekan Data Usage
3. Reset Statistic

Ingat, Orang Yang Nak Berjaya Akan Sentiasa Cari Jalan Bukan Cari Alasan!

Jika Anda Nak Belajar Secara FREE Pun Beralasan..

Pasti Anda Takkan Amal Ilmu Yang Diajar Oleh Kami Kerana Anda Akan Terus Beralasan..

Orang Yang Betol2 Nak Berjaya Akan Sanggup Korbankan Duit Untuk Beli HP Berkualiti Untuk Pastikan Mereka Tidak Terlepas Peluang Ini..

Moral : Ubah Sikap, Berubah Hidup!!

Bole2??

Sifat Orang Berjaya Selalu Berterima Kasih Dan Selalu Bersyukur

Sifat Orang Berjaya: Mereka Berterima Kasih Dan Selalu Bersyukur!

Nabi SAW Menyebut: Barangsiapa Tidak Berterima Kasih Kepada Manusia, Tidak Berterima Kasih Kepada Allah.

Sebenarnya Xifu dan Coach Anda Tidak Perlukan Terima Kasih Anda, Tapi Teguran Itu Sebagai Adab Dalam Menuntut Ilmu.

Jika Kita Orang Dewasa Tidak Menjaga Adab Ilmu, Bagaimana Kita Ingin Melihat Anak2 Kita Menjaga Adab Ilmu.

Itulah Maksud Tersirat Apa Yang Nak Xifu Sampaikan.

Satu Lagi, Tidak Cukup Dengan Sekadar Berterima Kasih , Kita Perlu Bersyukur Dengan Nikmat Ilmu Ni.

So, Tanda BerSyukur Adalah Kita Akan:

📌Simpan Nota2 Tadi (Starred
Nota)
📌Amalkan Ilmu Tersebut
📌Share Kepada Sahabat2 Yang Lain Agar Mereka Juga Menerima Manfaat Yg Sama Kita Dapat
📌Kongsi Di FB, IG dsbgainya

Barulah Allah swt Akan Buka 10 kali ganda Kefahaman Dan Ilmu Lain..

Bole2 Ubah Sikap, Attitude dan Diri?!*

Tahniah!

Xifu Doakam Anda Kaya Berjaya!

Cara Nak Pulihkan Rumah Yang Berenergi Negatif Dengan Cara Metafizik?

Dah Belajar Pasal Energi Rumah, Kan?!

Tapi Bagaimana Pula Cara Nak Pulihkan Rumah Yang Berenergi Negatif Dengan Cara Metafizik?!

Sape Nak Belajar Teknik Pulihkan Aura Rumah Say 276!

Jom Kenalipasti Rumah "Bergangguan" by Teknik Metafizik

Rumah adalah tempat tinggal manusia, namun ia akan dihuni dan dijadikan "port" bagi makhluk yg digelar sebagai jin,makhluk halus dan tentunya "mereka" tidak akan tinggal dirumah anda secara aman.

Sila Perhatikan Elemen2 Berikut Kerana Ia Pasti Merupakan Sebab Untuk Mereka Tinggal Dirumah Anda!

1. Adanya pokok Buluh Kuning diluar atau didalam rumah.

Perhatikan hiasan2 dari buluh didalam rumah anda yg biasanya hiasan itu diperbuat dari buluh kuning.

Buluh kuning adalah tempat yg dikaitkan dgn jin dan jin sangat sukakannya.

Jika ada, buang dan tebanglah pokok tersebut walaupun ia cantik.

2. Pokok Ara yg ditanam biasanya oleh owner cina. Potong dan buanglah.

3. Rumah yg ditinggalkan lama selama 40 hari biasanya menjadi rumah jin.

4. Rumah yg memiliki barangan warisan @antik yg telah dimasukkan jin kedalamnya seperti keris, badik, dsbgainya .(saka biasanya)

5.Rumah yang  ada bunyi orang main tarik kerusi..main guli..tumbuk lesung..ketuk2..

Bunyi Macam Bunyi Dari Rumah Sebelah, Tapi Sebenarnya Memang Ia Dalam Rumah Kita..

6. Rumah yang dihantar sihir atau ditanam barang sihir.

Biasanya rumah sebegini  akan kepanasan dan pergolakan.

7. Rumah berasas no 5 seperti (05..23..14..32..221..dsbgnya) biasanya Memiliki Gangguan Jin.

So, Adakah Anda Mempunyai Simptom2 Diatas?!

No Berapa?!

Sape Nak Belajar Pulihkan Aura Rumah + Ahlinya Sekali Supaya Semua Sama2 Jadi Positive, Aman, Bahagia, Intim Dan Kaya?!

Say 769!

APA ENERGI RUMAH TERBAIK??

Dalam Kajian Xifu, Rumah Asas 2@ 7 atau 9 Yang Terbaik, Manakala Bagi Office Pula Adalah Asas 6.

Tapi, Ia Terpulang Kepada Kehendak Tuan Rumah Apa Energi Yang Diminati!

📌Ada Yang Nak No 6, So Dapat Duit Tapi Anak N Suami Agak Hedonisme..

📌Ada Yang Nak 9, Banyak Idea Bisnes, Tapi Bersepah

📌Ada Yang Nak 7, Kesolehan , Cinta Dan Kasih Sayang Tapi Pemurah.

Jadi, Terpulanglah Kepada Kehendak Hati Anda.

Bagi Mereka Yang Mengalami Masalah Rumah Berenergi Negatif, Anda Disarankan Buat 5 Perkara Ini Untuk Menstabilkan Energi Rumah Anda :

Bole2??

1. Conteng No Yang Menjadikan Asas Rumah (2/7/6/9) Di Pintu Rumah. (Kire Sendiri)

2. Tabur Garam Aura Syifa Yang Telah Diruqyahkan Disetiap Penjuru Rumah Bagi "Menghalau" Makhluk2 Durjana

3. Setiap Seisi Keluarga Haruslah Buat Mandian Garam Aura Syifa Untuk Memulihkan Semangat Dan Mengembalikan Energi Positive Mereka!

4. Pasang Lampu Garam Di Dalam Bilik Dan Rumah Sebab Ia Boleh Menghalang Radiasi Dan Anti-Jin.

5. Perdengarkan Bacaan AlQuran, Solat Hajat Dan Majlis Zikrullah.

TIPS TAMBAHAN!

Tips ini harus dilakukan kepada mana2 rumah yg belum pernah buat 'penyucian aura'.

Xkira rumah no asas 1-9 sekalipun..

Kena buat min sekali dalam rumah terutama rumah yg baru diduduki or baru siap.

1. Mula2, jika rumah tu berasas 1, 3, 5,  dan 8..jadikan asas 2, 7 atau 6 atau 9.

2 intim
7 family n berjemaah
6 duit n biz
9 kekayaan n kjyaan

Seeloknya 7 sebab 7 lambang kekeluargaan.

Contoh rumah no 111= 3..tambah 49.. jadi 7.

2. Taburkan Garam Auragold 769 dipenjuru2 rumah dan biarkan.

3. Perdengarkan Bacaan Al-Quran terutamanya Bacaan Surah Al-Baqarah didalamnya

4. Semua ahli keluarga perlu kembali kepada amal agama dan hidupkan Amalan Solat Berjemaah, Bacaan Al qura, Bacaan Taklim didalamnya.

5.Setiap ahli rumah kena buat mandian aura walaupun tiada apa2 gangguan sekalipun.

InsyaAllah anda akan rasai pengalaman yg positive lepas ni..

P/s: Cadangan Xifu..

Cara Paling Mudah, Cepat, Pantas, Ringkas Untuk Pulihkan Aura Keharmonian , Kasih Sayang, Cinta, Kekayaan Kejayaan Dalam Rumah Dan Ahli Rumah Adalah Dengan Menaburkan Garam Syifa Auragold dan Seluruh Ahli Keluarga Pakat2 Mandi Garam Aura769 Ini..

Nanti Pm Admin Grup Yer..

#xifuihsan
#xenrichacademy

So, Ingat Tajuk Metafizik Rumah Belum Selesai..

Banyak Lagi Huraiannya Termasuklah No Pola Rumah..

33 Tu Apa Maksud..
21 Tu Apa Maksud..
77 Tu Apa Maksud..

Tapi Takpelah, Untuk Malam Ni Sillibusnya Dah Cukup..

Yang Detail2 Nanti Kita Bincang Dalam Seminar Basic Bulan Nov Depan..

But, Ingat Temujanji Kita Esok.. Kita Akan Sambung Belajar Lagi..

Tajuk: Metafizik Office/Kedai/Premis Secara Lebih Detail..

Bole2??

Tak Sudi Nak Ucap Terima Kasih Kat Kami Ke Semua Ni?!

METAFIZIK RUMAH

#METAFIZIK RUMAH

Setiap rumah akan ada energinya tersendiri. Adakalanya sesebuah rumah tu selalu bersih dan kemas, kadang ia susah nak kemas. Kemas2 sepah balik..

Ada Rumah Yang Berenergi Kasih Sayang, Cinta, Ada Yang Energi Duit dan Tak Kurang Juga Energi "Perang"!..

So, utk melihat or mengkaji tenaga2 tersebut, kita perlu melihat kepada no rumah.

Caranya begini:

Cntoh, rumah anda beralamat : Lot 7369, Kg Sri Langkas or C-1-9-7

Tambahkan no2 tadi:

7+3+6+9: 25
2+5 =7
Maka, Rumah ini Asas 7

C-1+9-7 =17
1+7= 8
Maka, asas rumah ni adalah no 8

Huraian no Asas Rumah:

ASAS 1: ENERGI PEMIMPIN

1. Biasanya rumah kemas,banyk brg besi, sedikit ketegangan berlaku, penghuninya jarang ada, jika ada ia akn berseorangan, ataupun kerja rumah diletakkan ats bahu salah sorang ahlinya. Ahlinya Banyak Mengarah Dari Membantu..huhu

ASAS 2: ENERGI INTIM

2. Rumah Yang Mempunyai Energi Cinta Dan Keintiman Kasih Sayang Suami Isteri. Banyak Berceramah, Dan Bercakap dan Aktiviti Ranah Mesra. Rumah yg bnyk prob licking n bocor, aktiviti nyanyian, mengaji, kelas, rumah romantis, bagus untuk keintiman, rumah yg sejuk.

ASAS 3: ENERGI LASAK

3. Rumah Aktif  Dengan Pelbagai Ragam Ahli Rumahnya. Suka Aktiviti Sukan, Lasak, Bersepah, Ahlinya Kurang Berada Dalam Rumah Dan Sukakan Aktiviti Luar. Rumh yg bnyk aktvti msakan, wayaring, bakar2, ahli kluargnya aktif,minat bersukan, sedikit bersepah, jarang diubah, mostly ahli kluarga atlit. Besenye org suke minta pnjm duit dr ahli kluarga rmh ini.

ASAS 4: ENERGI ILMU

4. Runah Yang Menjadi Tumpuan Orang Untuk Mengadu Masalah. Rumah yg bnyk aktiviti ilmu, rumah yg mlhirkn ank2 yg suka belajar, ibubpa suka mnnton citer2 documentary, dari bab suara kurang, more tu kajian dan kreativiti. Besenye setiap ahli kluarga ini suke try bnda baru n pndai memasak.

ASAS 5: ENERGI TRANSFORMASI

5. Rumah ass 5 Adalah Rumah Yang Paling Banyak Perubahan Dari Segi Ahlinya, Rumah Sewa, Dan Bertukar2 Ahlinya.

Dalam Kajian Xifu, Ia adalah rumah yg perlu dielakkan, rumah ini bnyk prgaduhan, sihir, halangan, penceraian, kedegilan. Rumah ini akn mnglmi bnyk perubahan dr segi susun atur, pemindahan , ahlinya bnyk brtukar2 kerja n biznes..cepat boring dan degil.
Banyak kes anai2, rumah berpenunggu.

Jika anda berada dlm.rumah ini, jadikan no rumah anda no asas lain:

Contoh rumah anda = C -1-4.... tampal no 29 di hujung no rumh..

Jd= C-1-4-29.. asas 7.. try cuba genapkannya mnjdi angka 7.

ASAS 6: ENERGI DUIT DAN HEDONISME

6. Rumah Banyak Masuk Duit Dan Skandal. Rumh yg bnyk aktivti entertainmnt sprti movie..lepak2.. games..internet..berhias.. rumah kemas n cantik but ahlinya kureng bab agama, xkuat amln agama. Bnyk keduniaan. So, ubah ke arah keseimbngn. Bnyk kes eletrical.

ASAS 7: ENERGI CINTA DAN KASIH SAYANG

7. Rumah yg paling harmoni n paling bagus utk berkeluarga, bnyk ajtivti mkn secara brjmaah, solat, jenduri, rewang2. Rumah selaky ada ramai penghuni.k Kdang2 bnyk terlbt kee bnjir n bocor. Setiap ahlinya menyokong each other. Juga Kes2 Kebocoran Dan Kehilangan Ahli Keluarga.

ASAS 8: ENERGI TANGGUNGJAWAB

8. Rumah org usahawan, rumah bnyk tanggungjwab, rumh org rajin , hyperaktf n tidak duduk diam. Biasanya ad ahli keluarga ini buat biz yg hebat. Sedikit garang2 n gaduh. Bnyk keluar rmh dr stay kt umh.

ASAS 9: ENERGI KEJAYAAN!

9. Rumah paling lawak on the world, suka aktivti melancong n memborong, bnyk tengk rancangan lawak, kartun , n movie. Bnyk barang n bnyk perabot yg rosak but still tidak dibuang. Rumah mcm stor dan semakin besar rumah, semkin bnyk barang masuk. Ahli2 kluarga ini femes dan dkenali. Juga rumah yg biasanya buat kedai.

LIKE IT?? SHARE IT!!

#xifuihsan
#ciachazita
#XenrichAcademy

Apa Kod Asas Rumah Anda?!

Setuju Dengan Energinya?!!

POTENSI INDIVIDU: BARAN, MULUT CELUPAR, KEPALA ANGIN, KAKI PUKUL,DEGIL, MULUT JAHAT

Sape Ada Laki Baran@ Bini Celupar?!

Petang Ni Xifu Nak Share Pasal Potensi Individu Baran!

So Sape Nak Belajar Pasal Pola Baran dan Celupar Say Ii

POTENSI INDIVIDU: BARAN, MULUT CELUPAR, KEPALA ANGIN, KAKI PUKUL,DEGIL, MULUT JAHAT

Melalui Kajian Xifu, Indivu Asas 1 dan 5 Mempunyai Sebuah Persamaan Iaitu Perangai Degil.

1 Keras Kepala Dan Merasakan Dirinya Sahaja Yang Betol.

5 Degil Dari Segi Tak Suka Terima Pandangan Orang Lain.

Manakala Individu Asas 3 dan 8 Biasanya Garang Dan Sedikit Baran.

Sekiranya Individu 3 dan 8 Ini Mempunyai Pola 83, 123, 213, 235 Sekaligus Memang Ibarat Dapat Pasangan Macam Cerita "Suamiku Atau Isteriku Dari NERAKA!"

83: Baran/Kaki Pukul
123: Celupar/Sentap
235: Mulut Jahat/Kepala Angin
112: Degil/ Keras Kepala
898: Campak2/Sepak2 Barang
911: degil

So, Sila Perhatikan Pasangan Atau Bakal Pasangan Anda Yer Nanti..

Berikut Contoh Kajian Individu Yang Baran Lagi Kaki Pukul

26 03 1963
8    3   1   9
      2    1
61 5   3  213
       4  5
          9

Asas 3(api)
Pola Negatif 83, 325, 213, 213,235, 112, 911

Pola Ini Semua Asalnya Bagus, Tetapi Apabila Tidak Dikawal Maka Negatiflah Jadinya.

Bole2 Buat Kajian Sendiri?!

#XifuIhsan
#XenrichAcademy

So, Sape Nak Belajar Kawal Potensi Negatif Ini? Say Yes3!

Adakah Anak Anda Layak Jadi Doktor?

ADAKAH ANAK ANDA LAYAK JADI DOKTOR?

السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ

Selamat Petang & Salam 769. 😃

Bismillah..kebanyakkan manusia bercita-cita tinggi ingin menjadi DOKTOR atau Golongan Profesional yang tarafnya dianggap mulia.

Malah ibubapa juga menekan anak-anak untuk menjadi doktor walaupun anak mereka tidak minat dengan bidang kedoktoran.

Mengapa jadi begitu?

Tahukah anda bahawa hasil kajian paten 99% hasil responden insan menjadi DOKTOR mempunyai pola 459/483/494/594/145 dalam numbering mereka.

Anda di mana?

Jika Pattern Ini Tiada Pada Anak2 Kita, Maka Tak Usahlah Anda Korbankan Masa Depan Anak2 Anda Dengan Perkara Yang Mereka Tidak Berbakat dan Tiada Minat Didalamnya.

Namun, Sekiranya Mereka Ada Pattern Ini, Maka Tuntunilah dan Bimbinglah Mereka Dari Awal Lagi Kearah Bidang Tersebut.

So, bersyukurlah Sekiranya Anda Mempunyai Pola Tersebut Walaupun Anda Terpaksa Mengharungi Ujian "MISTIK" tetapi Potensi Kekayaan Dan Kejayaan Anda Amat2 Besar. 

Ingat Pesan Allah!

" Di sebalik Setiap Kesusahan Adanya Kesenangan"

#xifuihsan
#auradigit
#xenrichacademy

P/s: sila post di wall fb anda sekarang

Wednesday 18 October 2017

Subjek Metafizik Yang Dipelajari

*APA SEBENARNYA YANG BAKAL ANDA PELAJARI DALAM GROUP METAFIZIK INI?!*

Asslamualaikum, Salam Kasih Sayang Dan Cinta Serta Ahlan Wasahlan Wamarhabam Bikum Dari *Xifu Ihsan* Khususnya Kepada Ahli Group Yanh Baharu Dan Yang Lama.

InsyaAllah, Grup Ini Akan Dikelolakan Oleh Admin Grup Yang Mudah Dikenali Sebagai *Coach* Metafizik Anda Yang Akan Membimbing Anda Untuk Mengenali Potensi Diri sambil Dipantau Oleh Xifu Ihsan a.k.a *Master Trainer Metafizik Xenrich Academy.*

So, Sebelum Kita Pergi Lebih Jauh, So Baiklah Kiranya Anda Tahu Apa Fungsi Group Ini.

Fungsi Grup Ini Ditubuhkan Bertujuan Untuk:

📌Memberikan Penjelasan Tentang Kepentigan Mempelajari Ilmu Metafizik
📌Membongkar Potensi Diri Melalui Kaedah Metafizik
📌Menyingkap Rahsia Diri
📌Memahami Tentang Diri
📌Memahami Halangan Diri , Hidup Dan Bisnes dll

*Apa Yang Bakal Anda Pelajari disini:*

🎈Ilmu Mengenal Kekuatan dan Kelemahan Diri
🎈Anda Akan Diajar Bagaimana Untuk Memilih Bakal Jodoh , Partner Bisnes yg Sesuai dan sebagainya
🎈Ilmu Magnet Rezeki
🎈Ilmu Kawal Aset
🎈Perihal Kesihatan (potensi penyakit, cara prevent dan pretend)
🎈Perihal Pemilihan Bisnes Yang Sesuai atau Tidak
🎈Pemilihan Warna Aura Sesuai Untuk Personal Branding
🎈Pemilihan Pasangan Yang Sesuai
🎈Pemilihan Warna Produk Yang Sesuai
🎈Pemilihan Lokasi Perniagaan Sesuai
🎈Isu2 Rumahtangga
🎈Isu2 Bisnes
🎈Perihal Jodoh
🎈Perihal Kesihatan
🎈Perihal Zuriat
🎈Tips Kawal Kelemahan Diri
🎈Hari2 Kejayaan
🎈Teknik Pilih Tarikh Untuk Bina Perniagaan yg Bagus
🎈Teknik Pemilihan Nama Syarikat dan Produk yg bagus
🎈Teknik Follow Up Gaya Halus dan sebagainya
🎈Memahami Pasangan
🎈Kaedah Ikhtiar Jodoh dan Zuriat
🎈Kaedah Memperderaskan Tarikan Magnet Rezeki
🎈Magnet Kebahagiaan
🎈Magnet Kekayaan Dan Kejayaan
🎈Law Of Atrraction
🎈Hipnotheraphy
🎈Ilmu Rawatan Alami
🎈Ilmu Rawatan Qurani
🎈Ilmu Rawatan Alternatif
🎈Teknik Rawat Trauma
🎈Teknik Anti-Kebocoran Kewangan
🎈Teknik Dompet Rezeki
🎈Teknik Rumah Rezeki
🎈Teknik Kenderaan Kejayaan
🎈Teknik Office Kejayaan
🎈Teknik Kedai Kerezekian Dan Pelaris Semulajadi dan 1001 ilmu kekayaan dan kejayaan yg lain.

Malah Perkongsian Dalam Grup Ini Akan Dilakukan Sepanjang Tahun.

Dan Untuk Pengetahuan Anda, Ada Grup Yang Telah Diwujudkan Semenjak Jan 2016 serta masih berfungsi sehingga Sekarang.

Jadi, Gunakanlah Laman Ini Untuk Menimba Ilmu Serta Praktikkanlah Segala Ilmunya!

Bole2 Semua?!

#XenrichAcademy
#XifuIhsan
#CoachAnda

Sunday 8 October 2017

5 Perubahan Pandai Metafizik

*5 Perubahan Yang Perlu Ada Kepada Seorang Yang Telah Mempelajari Metafizik!*

1. *Keyakinan Kepada Allah Semakin Meningkat*

Kerana Anda Dah Faham Segala Yang Metafizik Jelaskan Sudahpun Anda Lalui, Pernah Anda Lakukan Dan Sebahagian Minat Dan Diri Anda. Inilah Dinamakan Ilmu Proses Memahami Taqdir.

2. *Hidup Lebih Positive dan Fokus!*

Anda Terpaksa Jadi Positive Kerana Anda Dah Faham Tentang Potensi Diri Anda Apa Yang Perlu Dan Apa Yang Tak Perlu Dilakukan. Anda Dah Boleh Fokus Apa Yang Perlu Difokuskan.

3. *Fizikal, Emosi, Mental dan Spiritual Anda Lebih Sihat*

Dengan Praktikal Pemakaian Baju Warna Aura Dan Mandian Aura Setiap Hari, Pastinya Hidup Anda Akan Lebih Positive dan Tarikan Magnet Kekayaan Semakin Hari Semakin Kuat Menarik Kebahagiaan, Kakayaan dan Kejayaan.

4. *Bisnes Semakin Maju!*

Dengan Praktikal Teknik Pemilihan Bisnes Sesuai, Pemilihan No Fon Sesuai, Password dan Pin Atm Sesuai, Dompet Sesuai, Pemilihan Warna Sesuai, Pemilihan Nama Sesuai, Pemilihan Arah Lokasi Sesuai, Pemilihan Partner Sesuai Akan Memacu Bisnes Anda Ke Tahap Yang Lebih Awesome

5. *Banyak Peluang Yang Bakal Diexplore!*

Bila Anda Mempelajari Metafizik dan Mempraktikkan Amalan Metafizik, Maka Akan Datang Pelbagai Peluang Dan Rezeki Yang Tidak Disangka2 Khususnya Bila Anda Mengamalkan Mandian Aura serta Penggunaan No Fon Yang Sesuai.

Itulah 5 Mukaddimah Perubahan Hidup Yang Bakal Diraih Oleh Anda Setelah Mempelajari Metafizik!

So, Jangan Sia2kan Peluang Belajar Dalam Group Ilmu Percuma Ini Kerana Peluang Yang Baik Hanya Akan Datang Dan Terus Datang Kepada Mereka Yang Bersyukur dan Menghargai Nikmat Yang Sedia Ada!

Bole2 Kita Berubah?!

#XifuIhsan
#XenrichAcademy

Aura Pengantin Gaya Metafizik

*Apa Warna Aura Pengantin Anda?!*

Ini Merupakan Teknik Rahsia Dalam Ilmu Aura Metafizik Dan Ia Merupakan Sillibus Advance..

Warna Aura Pengantin Anda Adalah Campuran/Gabungan Warna *Pertama Aura Dan Warna Kedua Aura*

Bahagian Dari Pinggang/Pinggul Keatas Warna Aura Pertama

Bahagian Dari Pinggul Kebawah Warna Aura Kedua.

Gabungan Warna Aura 1 + 2 Ini Akan Menarik Seri Jodoh @ Aura Seri Pengantin Anda Bagi Yang Bujang!

Bagi Yang Dah Berkahwin Jaga2 Sebab Ada Yang Memerhati!😌

Bole2??

Saturday 7 October 2017

Cara Selesai Hutang Gaya Metafizik

Assalamualaikum wbt Semua!

Selamat Hujung Minggu!

BERIKUT ADALAH HADIAH HUJUNG MINGGU DARIPADA XIFU!

AMALAN MUDAHNYA SELESAI HUTANG

Antara amalan nak selesai hutang mengikut kaedah Sunnah Nabi SAW adalah:

1. Basuh kedua2 belah tangan sebelum makan ( tangan hingga ke pergelangan tangan..macam ambil air sembahyang)

2. Lapik pinggan makan dengan Saprah.

Macam Mc Donald buat..sebab tu Mc D xpernah bangkrup sebab depa amal sunnah..

Cara Mereka Adalah Dengan MeLetakkan flyers bawah hidangan mereka.

3. Jangan membazir makanan.

4. Kutip balik makanan yg tercicir dari pinggan.

5. Basuh pinggan selepas makan.

AMALAN SELESAI HUTANG GAYA METAFIZIK!

Teknik Ini Adalah Teknik Yang Dah Proven Success Yang Telah Diamalkan Oleh Orang2 Sebelum Anda!

Namun, Teknik Ini Memerlukan Komitmen Dan Daya Fokus Serta Prasangka Baik (Husnuzzon) Yang Tinggi Untuk Mendapatkan Keberhasilan Yang Benar2 Memuaskan.

Jelas2??

Berikut Adalah Langkah2nya:

SEMUANYA PERLU DILAKUKAN PADA WAKTU TAHAJJUD👇

1st, Preparation Fizikal

1. Sediakan LISTDOWN HUTANG ANDA

Nama Hutang:
Jumlah Hutang:

2nd, Preparation Kuasa Minda (Telepati)

1. Mandi Garam Aura769
(ini 👆untuk menguatkan Magnet Tarikan Law Of Attraction, Daya Fokus Dan Ketenangan yang Disebut TELEPATI) .

Niat Ketika Buat Bilasan Terakhir:

Ya Allah, Asbab Ikhtiar Mandi Garam Aura769 Ini Engkau Permudahkanlah Agar Segala Hutang2ku Ini Terlangsai Sebelum 1 Jan 2018.

*3rd,Anda Perlu Buat Preparation *

🎈Solat Taubat
🎈Solat Hajat
🎈Tasbih Fatimah 100x
🎈Selawat 100 x
🎈Istighfar 100x
🎈Doa

Dalam Doa, Adukan Kepada Allah :

✅Apa Jenis Hutang Anda

✅Adukan Berapa Jumlah Hutang Anda Untuk Diselesaikan

✅Serahkan Kepada Allah Apa Cara Untuk Allah Uruskan Masalah Tadi.

✅Lepas Doa, Let It Go.. Jangan Pikir2..

✅Buat Dengan Yakin

4th, TEKNIK KUASA MINDA

Berikut Pula Sebuah Teknik Alternatif (add-on) Yang Menggunakan Kuasa Minda Dalam Menyelesaikan Masalah Hutang.

Caranya:

🎈Selalu Juga Bayangkan Bahawa Anda Gembira Membayar Hutang (buat 5 min setiap Kali solat)

🎈Bayangkan Anda Dalam Keadaan Gembira Selepas Hutang Anda Terlangsai (buat 5min setelah solat)

🎈Untuk Hasil Yang Memuaskan, Anda Perlu Dilakukan Dengan Kerap

🎈Anda Akan Lihat Hutang2 Anda Mula Terlangsai.

Tapi Ingat , Teknik Keempat Ini Hanya Berkesan Kepada Mereka Yang Mempunyai Telepati Yang Baik Sahaja!

That whylah Kenapa Xifu Suruh Anda Tingkatkan Daya Magnet Minda Anda Dengan Ikhtiar Mandi Garam Aura769 Itu Tadi..

Nampak2??
Jelas2??

Xifu Doakan Anda Semua Bebas Hutang Sebelum 1 Jan 2018!

Amin99x..

Friday 6 October 2017

Metafizik Duit Sedekah dan Simpanan

Info Signal Metafizik Duit Untuk Di Sedeqah 67 @  19

*Harap Tolong Take Note Semua Leader!*

Xifu Tak Nak Dengar Isu Pasal Ibu Duit Terpacul Dari Student Anda Lagi Lepas ni..

Tolong Share Yang Ni Elok2!

*Metafizik #Ibu Duit*

Sebenarnya tiada istilah *IBU DUIT* yg dianggap menarik duit lain dalam metafizik, ia cuma trick *latihan* supaya kita menyimpan atau Bersedeqah.❌

"Ibu Duit Metafizik" bukan sahaja untuk disimpan, malah ada juga ibu duit yang harus disedeqahkan agar "pelaburan" akan mendapt ROI yang lumayan!

*Duit YANG PERLU DiSimpan*

Wang yang bernombor siri:

👉9xxxxxxx9

9 depan 9 blkg dan tiada angka 0 diantranya

👉 9xxxxx769

👉 Ada angka 769 didepan or ditengah or yg paling bagus dihujungnya

👉Duit bernombor siri 38 berganda 2-3x seperti contoh:

9838338769..
383838..
388338..
838383..

Simpan dan kumpul mengikut susunan adik beradiknya

rm1..rm5..rm10..rm20..rm50..rm100..

Mule2 kumpul no siri 769..
Kemudian kumpul no siri 38 berganda..

*Duit Yang Perlu DiSedeqahkan*

*Ada No 67 @ 19.. didalam susunan no sirinya.*

*Seeloknya lagi yg no siri Hujungnya* *67*@ *19*

*Asingkan Siap2 bile anda terima..*

Itulah cara Allah Berkomunikasi dengan HambaNya supaya kita Bersedeqah..

Bole2??

Ingat, Tiada Istilah Ibu Duit❌

Cc @⁨admin sllhb2018⁩

Metafizik Siapakah Saya?

🚩 *TOPIK : SIAPAKAH SAYA*

*PETUNJUK PERTAMA* ialah mengira no asas/akar menggunakan tarikh lahir menunjukkan :-

❓SIAPAKAH DIRI SEBENARNYA
❓POTENSI SAYA INI
❓KELEBIHAN SAYA
❓KEKURANGAN SAYA

JOM RUJUK SINI:-

Cth: 20.01.1979

Pengiraan ialah
2+1+1+9+7+9
= 30
= 3

@

25.06.1982
= 2+5+6+1+9+8+2
= 33
= 6

*HURAIAN NOMBOR ASAS DIRI*

Asas 1⃣ = Pemimpin / Ketua / Boleh Di harap / Berdikari

Asas 2⃣ = Sosial / Peramah / Suka bercakap / Pandai Ambik Hati

Asas 3⃣ = Sentiasa Bergerak & byk idea

Asas 4⃣ = Seorang Perancang @ Suka ilmu / gemar mencuba sesuatu baru

Asas 5⃣ = Prinsip & Suka buat perubahan baru.

Asas 6⃣ = Bijak dlm mendaptkan Wang @ Mudah dpt Wang.

Asas 7⃣ = Pengaruh / Suka Networking / Penyayang

Asas 8⃣ = Seorang berTanggungjawab & bijak selesaikan masalah

Asas 9⃣ = Seorang Motivator / menbuka peluang baru / pemimpin

Anda asas berapa?

#xifuihsan
#metafizikohsem
#aura769

Metafizik No Plat Kereta

*METAFIZIK NO PLAT KERETA*

Seperti yang kita sedia maklum, kenderaan merupakan sebuah keperluan bagi kehidupan. Maka ia juga mengandungi unsur2 metafizik kerana nombor. Ia mempengaruhi pemilik/pembawanya.

Jom kita kaji dan lihat 😁

Ada 2 kaedah dalam pengkajian aura sesebuah kenderaan.

1) Perihal no asasnya
2) Perihal polanya

Seperti biasa, sila campurkan kesemua no yang tertera di no plat anda.

Contoh:  *BKA 119*

1+1+9= 11
1+1= 2,     *Asasnya 2*

Maksud No Asas Kenderaan:

🚘 *ASAS 1*
---------------------

Kereta yang dipandu secara bersendirian dan dimiliki oleh seseorang lelaki, dipandu lelaki yg jarang membenarkan orang lain memandunya.

Dalam kereta itu banyak aktiviti pengarahan , agak sedikit keras, ad sedikit pertengkaran dan banyak yg tersentap dek percakapan yang mengguriskan perasaan.

Masalahnya, kenderaan ini selalu mengalami kerosakan seperti kemalangan, body, engin dan peralatan2 besi yang sering berganti.

Sesuai warna hijau, kuning, coklat

🚘 *ASAS 2*
--------------------

Kereta ini biasanya dipandu dan dinaiki 2 orang dan lebih biasanya ia di pandu wanita dan kebanyakannya ia perlu ada wanita yang menaikinya.

Sekiranya tiada wanita, pastinya radio dan aktiviti nyanyian akan memenuhi ruangan kereta tersebut.

Dalam aktiviti pemanduannya, biasanya para penunggangnya menghabiskan masa dengan aktiviti suara, nyanyian, nasihat, luahan perasaan dan syarahan.

Masalah yang sering dialami kenderaan ini adalah masalah aircond, tayar, dan temperature yang melibatkan air.

Bagi mengurangi masalah,  kenderaan ini harus selalu ada air didalamnya.

Biasanya pemilik kenderaan secara auto menyediakan air untuk dirinya atau memang ada air didalam kenderaan ini.

Kenderaan ini juga kerap dibasuh, dan harus dibasuh.

Sesuai warna merah ungu oren

🚘 *ASAS 3*
--------------------

Kereta ini sering digunakan untuk program2 runner, race dan travel. Gerak sana cini. Juga bertindak sebgai caravan, punggah barang2 masakan dan besi.

Banyak aktiviti pergaduhan dan bertegang lidah didalamnya

Banyak bergerak dan sering dihiasi cantik dan sering dimodified. Banyak habis duit untuk kereta ini.

Masalah kereta ini biasanya masalah kerosakan pendawaian, wayaring, electrical dan bahan api seperti fius, lampu xbernyala, dan sebagainya.

Kesesuaian warna adalah warna putih emas dan silver

🚘 *ASAS 4*
---------------------

Kereta ini adalah tempat pendidikan dan tempat leteran. Biasanya radio dan CD akan sering terpasang. Namun bukan bertujuan untuk dengar lagu tetapi untuk dengar tazkirah, syarahan, ceramah dan pengajaran.

Kereta ini biasanya dipandu seorang pendidik dan penunggangnya meminati bahan bacaan dan suka membaca didalam kereta.

Masalah kenderaan ini biasanya bahagian cat yang sering terkupil, body , banyak ranting dan kayu pokok selalu dirembatnya.

Sesuai di cat kuning, coklat, beige.

🚘 *ASAS 5*
--------------------

Kenderaan asas ini biasanya kereta yang sering bertukar2 pemandunya, kereta yang paling banyak problem dan kerosakan.

Aktiviti pergaduhan sering direkodkan dalam kenderaan ini.

Banyak perkara sering diubah oleh pemiliknya seperti modified body dan sebagainya dan kenderaan yang paling banyak bertukar pemilik dan pemandunya.

Kejap tayar, kejap lampu, kejap fius.

Ade je keje die😭😭

Kenderaan ini akan sering comot dengan debu, masuk tanah dan pasir termasuk lumpur.

Warna yang sesuai adalah warna biru dan hitam

🚘 *ASAS 6*
-------------------

Kenderaan yang banyak digunakan untuk aktiviti kewangan dan bisnes dan sering digunakan lelaki dan juga wanita dan dikenali sebagai kereta scandal , memikat perempuan, aktiviti kurang senonoh dan aktiviti maksiat jika tidak dibendung iman pemandunya.

Kereta yang banyak dipasang lagu2, tontonan video dan aktiviti keseronokan,entertainment dan sebagainya.

Biasanya ia adalah kereta yg cantik, kemas dan teratur.

Banyak barang2 besi dan kerosakannya adalah melibatkan cat; sparepart dan apa sahaja yang berkaitan besi.

Ia juga sering terlibat dalam kes kemalangan kecil kecilan.😆

Warna yang sesuai adalah hijau kuning coklat.

🚘 *ASAS 7*
---------------------

Kereta ini adalah kereta kemasyarakatan dan social.
Kereta yang sering memunggah orang dan sesuai sebagai kenderaan awan seperti taxi, uber dan grab car.

Pemandu dan penunggangnya biasanya lebih dari 2 org pada setiap masa.

Kereta yang sering digunakan untuk aktiviti kekeluargaan dan sebagai kereta charity.

Biasanya kereta ini suka diperdengarkan lagu2 retro dan bagus digunakan untuk program networking dan close deal.

Masalah yg sering dialami adalah kebocoran air, coolant, aircond, kipas, wiper dan banjir.

Warna yang bagus untuk kenderaan ini adalah merah ungu dan oren.

🚘 *ASAS 8*
---------------------

Kenderaan ini banyak melakukan aktiviti perniagaan dan bisnes. Dimiliki orang kaya terutamanya cina.

Kenderaan yang sering memunggah barang2 besar, bahan2 kimpalan dan bahan2 electrical, engin , bertindak sebagai jumper, towin dan sebgainya.

Banyak aktiviti bisnes, pergaduhan, tekanan dan stress dalam kenderaan ini.

Masalah yang sering dihadapi kereta ini adalah masalah fius, wayaring, meter, lampu dan juga engin.

Warna yang sesuai adalh putih emas silver.

🚘 *ASAS 9*
---------------------

Kenderaan yang sering dinaiki orang2 tua, pemimpin, orang2 masjid, lelaki tua dan ketua masyarakat.

Aktiviti kebiasaan kenderaan ini adalah mendengar, menonton dan bercakap benda2 yang kelakar.

Baisanya kenderaan ini digunakan untuk shopping, memborong dan kenderaan ini selalu akan ada barang didalamnya. Kenderaan punggah barang, isi barang.

Mostly banyak barang dan sampah yang tidak dibuang dan sukar untuk kemas.

Masalah kebiasaannya adalah berkaitan kerosakan body n cat, banyak langgar dan seret kayu dan pokok.

Sering di letakkan berhampiran pokok2 dan banyak tanah dan debu didalmnya.

Warna yang sesuai adalah kuning..coklat..hijau.

*NOTA TAMBAHAN*

Warna yang sesuai dengan asas kenderaan akan mengurangkan kerosakan kenderaan terbabit.

Apatah lagi jika warna aura pemilik, warna asas kenderaan dan platnya adalah sama. InsyaAllah, kerosakannya akan minimum

Susunan no plat mestilah bermula by angka kecil depan dan angka besar belakang as contoh:

TV 2369

* Hujung kita nak 9

* Elakkan hujung angka :

00, 88, 68, 55,75, 750, 570, 1,2,3,4,5.

Semoga perkongsian ini memberikan input berguna kepada dalam pemilihan warna kenderaan.

#xifuihsan

Metafizik Hanfon

Rahsia Metafizik #Handphone

Handphone Adalah Sebuah Medium Telekomunikasi Dalam Kehidupan Manusia Dalam 2 Dekad Ini. Ia Juga Adalah Medium Penting Dalam Dunia Bisnes Dimana Hampir Keseluruhan Usahawan Menggunakan Handphone Sebagai Medium Untuk Pengiklanan, Close Sale Dan Follow Up Customer.

Maka, Ternyatalah Ia Menpunyai Peranan Energi Yang Sangat Kuat Terhadap Impak Bisnes Seseorang.

Jom Kita Kaji Bagaimana Memaksimumkan Energi Metafizik #Handphone!

1. Pemilihan Handphone.

Untuk bisnes, sila pilih Model Hp yang bernombor asas 6 contohnya Iphone 6 dan Samsung S6 atau A6 atau Asus Zen6.

Jika belum mampu, carilah hp asas 6 contohnya Lenovo 339.

3+3+9= 6 (duit)

2. WARNA HP

Warna hp pula mestilah warna Aura diri anda.

Contohnya: asas 1 n 6 bagus pkai hp iphone6 gold.

3. PEMILIHAN NO TELEFON

Pemilihan no hp yg baik adalah yg berakhir dgn angka:

* 7699 @
* 2769 @
* 6969 @
* 6669 @
* 9666

atau yg berakhir dengan  769.

Knapa akhir?? Kerana setiap result kita tengok diakhir.

Xkisah sangat awalnya, yg penting akhir..

cth jika angka NO TEL berakhir 5, maka semua anda usaha pon ada saja halangan.

4. COVER@CASING HP

Asas diri 1 6 3 8 2 7 sesuai pakai cover BESI dan plastik

Asas diri 4 9 5 sesuai cover Plastik

5. TELCO

Kalo boleh pilih ikut warna aura anda.

Jika boleh.

**ANDA BOLEH PILIH IKUT KESEMUA @ IKUT YG MNA ANDA MAMPU. TAK ADA PAKSAAN**

#xifuihsan
#xenrichacademy

Featured Post

Kenapa Anda Perlukan Metafizik?

HARGAI NILAI BERADA DISINI! Tahukah Anda? Perkongsian, Sharing , Tips , Ilmu Yang Disampaikan Oleh Xifu dan Coach ( Admin Group Anda ) ...